There was an error in this gadget

Wednesday, August 31, 2011

Meriah di Aidilfitri & Merdeka 1 Malaysia!




Sambutan 1 Syawal & pengamatan ulangtahun kemerdekaan negara ke-54 diadakan meriah di Balik Pulau semalam.

Jamuan Aidilfitri 1 Malaysia yang dianjurkan secara gabungan oleh ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan Parlimen Balik Pulau, yakni YB Datuk Seri Hj Hilmi Yahaya (kawasan Teluk Bahang), YB Tuan Sr. Hj Muhamad Farid Saad (kawasan Pulau Betong) dan YB Tuan Syed Ameruddin Dato' Syed Ahmad (kawasan Bayan Lepas), telah dihadiri oleh lebih seribu penduduk tempatan dan tetamu-tetamu dari serata negeri, dari kalangan pelbagai kaum dan agama, seawal jam 10:45 pagi hingga jam 3 petang semalam.



Tetamu kehormat majlis tersebut yang hadir adalah Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Turut hadir termasuklah ADUN kawasan Seberang Jaya, YB Datuk Arif Shah Omar Shah, Ahli Parlimen kawasan Bayan Baru, YB Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, dan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan.



Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah popular masyarakat termasuk kuih-muih murtabak, sate, char koay teow, mi sup, laksa, nasi tomato, ais kacang (ABC), cendol, sirap dan teh tarik. DJ dan artis jemputan juga turut menggamatkan suasana dengan sesi interbiu ringkas dan nyanyian lagu-lagu Melayu, Cina dan India.






Pada malamnya pula, lebih seribu penduduk dihiburkan dengan program Mega Raya 1 Malaysia yang dihoskan oleh Hilmi dan Farid, hingga ke jam 12 malam, dengan acara kemuncak nanyian negaraku serta sorakan Merdeka serta pertunjukan bunga api lebih 1,000 das selama lebih tiga minit lamanya.



Semoga acara-acara di atas dapat memberikan kesan positif kepada penduduk di segi ikatan kejiranan dan penghayatan terhadap nikmat kemerdekaan negara.






No comments:

Post a Comment

Current Weather

BeePee in Videos

Loading...

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds

Videos